Thursday, October 26, 2017

SURAH AL-BAYYINAH

ASBABUN NUZUL

Kisah Ubay Ibn Ka'ab RA - Salah Seorang Sumber Ilmu Dan Kebijaksanaan

Ubay ibn Ka'b adalah penduduk Yatsrib yang sangat cerdas, gemar membaca dan pandai menulis. Saat kedatangan Mush'ab ibn Umar yang diutus Rasulullah SAW untuk mengajarkan agama Islam kepada penduduk Yatsrib, ia langsung bergabung dan menyatakan keislamannya, ikut dibai'at di Aqobah dan ikut menyambut rasulullah ketika beliau berhijrah ke Yatsrib.

Kerana kepandaiannya menulis, Ubay dipilih Rasulullah sebagai salah seorang pencatat dan penulis Al-Quran yang diwahyukan Allah kepada Rasulnya. Dia juga sentiasa berada disamping Rasulullah ketika beliau berada di majlis ilmu atau di masjid.

Kerana peranannya itu, suatu hari Rasulullah bersabda : " Wahai Ubay, Jibril menyuruhku untuk membacakan ayat Al-Quran kepadamu." Dengan takjubnya Ubay menjawab : "Allah menyebutkan namaku kepadamu....?"

"Ya.... Dia menisbahkan mu kepada malaikat tertinggi."
Lalu Rasulullah menyampaikan ayat Al-Quran kepada Ubay untuk dicatatnya iaitu surah Al-Bayyinah (ayat 1-8).

Ubay menangis terharu dan bahagia saat mendengarkan wahyu yang disampaikan Rasulullah kepadanya untuk dicatat. Dia merasa bangga atas keutamaan yang diberikan Allah melebihi sahabat lainnya.

Sepeninggalan Rasulullah, Ubay tetap setia kepada Khalifah Abu Bakar dan sering diminta untuk berceramah serta memberi nasihat. Dia juga mengusulkan agar ayat-ayat Al-Quran yang ditulis pada tulang, kulit dan pelepah kurma dikumpulkan dan dibuat mushaf Al-Quran. Namun pembuatan mushaf Al-Quran ini baru terlaksana pada saat kekhalifahan Utsman ibn Affan.

Ubay ibn Ka'b meninggal saat pemerintahan Khalifah Umar ibn Khattab. Semoga Allah merahmati Ubay yang sangat berjasa dengan catatan-catatan ayat Al-Qurannya.